![]() |
masakan rendang bahan untuk di kisar |
Cara Penyediaan:Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.
Tips:
Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.